Ulasan Fiio Q3 – FiiO buat hal, Peningkatan signifikan dari FiiO Q1 MkII!

Apa yang boleh aku rumuskan disini ialah, Fiio Q3 ini bagi aku berjaya deliver apa yang cuba diiklankan. Peningkatan yang signifikan dari Fiio Q1 dan yang lebih menariknya lagi, ianya berharga bawah RM800 yang mana bagi aku cukup berbaloi untuk dibeli. Spesifikasinya juga bukan calang – calang. Penggunaan cip terbaru dari AKM berserta THX AAA amplifier aku kira bukan gabungan biasa – biasa. Ini gabungan luarbiasa.JIka berterusan Fiio dengan momentum begini, aku kira Fiio berada dilandasan yang tepat untuk beri saingan sengit kepada jenama-jenama besar dunia audio. Biar mereka ditampar dengan reality check. Ini baru betul definisi sound padu poket tak koyak. Aku beri 4.5 bintang untuk Fiio Q3 ini. Sekian dari saya melaporkan ulasan. Terima kasih sekali lagi kepada pihak  FiiO & Red Ape – Headphone Store kerana sudi taja produk Fiio Q3 ini untuk aku buat ulasan. Support Red Ape geng supaya kita dapat terus menerus memberi ulasan produk-produk yang mendatang.

 

--------------------------------------------

Author: FEEEEK; From: audiomonsta.com

Head over to the site to continue the reading: >> Click here

Views:0
Collection